Mengikut maklumat dari facebook, seorang peguam, mungkin akan bertanding jawatan Ketua Pemuda (Zulhazmi4KP) ,dan aku sendiri yakin, sekiranya beliau menang, insyAllah kegemilangan pemuda akan terserlah dan sekaligus beri kekuatan berganda kepada PAS dan sekaligus memberi kekuatan yang baru buat Pakatan Rakyat..
Namun,aku fikir peguam zul pasti akan melalui laluan yang tersangat sukar utk menang memandangkan kalau ikut rekod jawatan dalam PAS, ramai naik slow2 dari bawah.. utk terus ke jawatan tertinggi, memang kesukaran berganda walaupun jasa beliau kepada perjuangan itu ada. cuma kalau ad strategi yg mantap,seperti buat debat antara calon KP, peluang ada..
Pandangan aku sendiri,kenapa perlu ditukar KP kepada golongan profesional islam (baca:islam) berbanding ustaz konservatif adalah berdasarkan situasi semasa negara kita,perlu diingat untuk menang dalam PRU,sokongan bukan melayu dan bukan islam adalah perlu,dgn gaya KP sedia ada, dia tidak boleh bawa Pemuda PAS lebih jauh..Melainkan dia mahu kekal sebagai pembangkang di Malaysia buat seumur hidupnya..
KP sedia ada tidak mempunyai aura yang cukup untuk buat orang tertarik padanya, maksud aku, mungkin selepas turunnya dari jawatan KP, nama beliau akan hilang dibibir penyokong..Pun begitu, aku tidak nafikan, Nasrudin mungkin seorang yang amanah dan ikhlas dalam perjuangannya , namun kelayakan itu tidak cukup untuk terus mengekalkan beliau sebagai KP.. Sebab kita perlukan individu yang "mampu" , itu adalah menjadi keutamaan..
PS-Kita masuk PRU sebab nak menang,dan strategi dan kepimpinan perlu untuk menang,kalau tak nak menang dan 'mahu cari redha Allah' semata, maka adalah lebih baik jadi pendakwah,atau buat amal kebajikan,insyAllah,jalan itu juga mendapat redha Allah .. Kemenangan ini insyAllah untuk mendapat redha Allah jua..
No comments:
Post a Comment