oleh Al-Hilam
Ketua Pemuda PAS sudah baca hadis dah jangan gila kuasa... Hallo YB takan dah kecut dah kot orang nak tanding jawatan ketua pemuda tuu.. Sejak bila jawatan dalam PAS tak boleh ada orang nak menawar diri untuk merebut jawatan.. Jika macam nie kelaku YB pun dah nak sama dengan UMNO dah seperti hendak pegang jawatan atau hedak warisi jawatan kepada suku sakat YB sahaja....
Ingat PAS itu FOR ALL.... ada ramai ahli di bawah dan ada pelbagai juga ahli dibawah.. cubalah berlapang dada sesiapa pun nak mintak jawatan tu biarlah kawasan yang menentukan kerana tak ada sesiapa pun dapat naik jadi ketua atau berjawatan dalam PAS jika tiada pencalonan dari bawah melainkan secara yang mendapat jawatan secara lantikan oleh kepimpinan tertinggi PAS...
Jadi cool lah wahai YB aka KETUA PEMUDA PAS....takkan lari kemana jawatan tersebut jika ia pasti milik warisan anda....
Larangan gila kuasa
Nasrudin Hassan, 24 Ogs 2013
Maksud hadis:
Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata, Nabi SAW berkata kepadaku: Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian hadis:
Nabi menegaskan bahawa kita tidak boleh mengajukan permintaan untuk diangkat menjadi pemimpin atau dengan perkataan lain menjadi orang yang gila kuasa.
Ini adalah kerana menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara yang mudah.
Kebiasaannya orang yang ghairah memburu pangkat dan kedudukan belum tentu dapat memikul sesuatu tanggungjawab itu dengan baik.
Apatah lagi jika kedudukan itu diberikan atas permintaannya sendiri yang kemungkinan besar akan menimbulkan banyak pertuduhan bahawa individu tersebut mempunyai kepentingan tertentu.
Kepimpinannya nanti akan menimbulkan banyak huru hara dan penentangan lantaran wujud golongan yang tidak berpuas hati.
Sebaliknya jika jawatan itu ditawarkan tanpa dia sendiri yang menginginkannya sedangkan dialah orang yang paling layak insya Allah bebanan tanggungjawab itu walau bagaimana berat sekalipun ia bukanlah akan dipikul sendirian melainkan akan mendapat bantuan daripada Allah SWT dan mereka yang menyokongnya di belakang kerana hakikatnya dia dilantik secara sebulat suara.
No comments:
Post a Comment