Thursday, August 1, 2013

Bukan saja Abdul Hadi, Nik Aziz Nik Mat juga perlu ditolak jika demi kebaikan PAS.

Kata menantu Abdul Hadi Awang ada kumpulan kecil nak jatuhkan ayahnya sebagai presiden Pas. Beliau tidak jelaskan secara terbuka siapa gerangannya. Kenapa tidak sebut kalau ianya betul berlaku. Rasanya ramai orang nak tahu. Kalau didedahkan siapa kumpulan kecil itu bagus juga sebab mereka akan memberi alasan kenapa perlu dijatuhkan. Masakan ianya hendak dijatuhkan kerana saja-saja nak jatuhkan. Kalaulah alasan mereka logik dan munasabah kenapa ahli Pas lain tidak perlu menyokongnya. Misalnya kalau usaha itu bagi membantu menguatkan Pas apa salahnya. Bukan saja Abdul Hadi, Nik Aziz Nik Mat juga perlu ditolak, kerana kebaikan parti mengatasi daripada segala kebaikan lain. Wassalam Mso.

No comments:

Post a Comment