Saturday, August 24, 2013

Beranikah Perwakilan memberi peluang kepada bukan ulama pegang jawatan 5 kerusi tertinggi dalam PAS pula..?

TUKAR PEMIMPIN: Perwakilan muktamar perlu berani untuk memberi peluang kepada bukan ulama' untuk menduduki lima kerusi tertinggi dalam jawatankuasa PAS Pusat.

Itu bukan suatu kesalahan dari sudut moral atau peraturan.

Ketika ahli PAS sudah pun tahu prestasi ulama' semenjak sekian lama mereka memimpin PAS, apa salahnya ahli PAS mengambil kesempatan untuk memberi peluang dan menilai prestasi bukan ulama' pula untuk memimpin PAS.

Jika Dr Agus menilai kerajaan Kelantan selepas 100 hari, ahli PAS sudah menilai pretasi ulama' melebihi 100 bulan.

Apa kata, beri peluang kepada bukan ulama' dan pada hari ke 101 mereka memimpin PAS, ahli PAS suarakan penilaian mereka? Adilkan?

No comments:

Post a Comment