Tuesday, August 20, 2013

Muktamar PAS 2013 - Kerusi Ketua Pemuda PAS panas... sebab ada calon tawar diri untuk bertanding..!!

oleh Al-Hilam

 

Nampaknya kepanasan Mukatamar PAS pada kali ini telah mula terasa bahangnya. Kerusi panas yang mula terasa ialah tempat mana yang sedang diduduki oleh YB TEMERLOH iaitu kerusi KETUA PEMUDA PAS.

Kerusi ini pada kali ini rasanya akan ada pertandingan kerana sekarang ini telah wujud satu gerakan dari bawah oleh sekelompok anggota pemuda telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi tersebut. Gerakan ini telah mengangkat seorang lawyer muda iaitu Sdr Zulhazmi Shariff untuk menduduki jawatan tersebut.

Kempen untuk menawan jawatan ketua pemuda ini telah mula bergerak dengan membawa satu tema "Menyokong Zul Hazmi sebagai Ketua Pemuda PAS, bagi mengembalikan martabat Pemuda PAS untuk segenap lapisan masyarakat".

Pergerakan kempen mereka boleh diikuti di page facebook : Zulhazmi4KP .

Pergerakan mereka ini nampaknya sedang giat melobi disemua kawasan di seluruh negeri untuk menerima calon pilihan mereka. Jadi kita lihatlah bagaimana mereka bergerak dengan wawasan mereka untuk meyakinkan pemuda PAS kawasan supaya kali ini pemilihan di Mukatamar PAS ada peralihan kuasa di kerusi Pemuda.

Jadi kita yang memerhati di sekitar ini sama-samalah melihat apa tindakan seterusnya...

No comments:

Post a Comment