Monday, September 16, 2013

Harun Taib kena tambah satu lagi dalam resolusi Multaqa Ulamak tempohari..!!

AGAKNYA ketika Dewan Ulama PAS besidang dan meluluskan sembilan resolusi, Dato' Harun Taib selaku Ketua dewan lupa untuk meletakkan satu lagi resolusi penting.
  • Kami dengan ini sebulat suara untuk mengkaji balik kerjasama dengan PKR dan DAP dalam pakatan rakyat dan kami juga sebulat suara akan bekerjasama dengan UMNO melalui kerajaan perpaduan demi melayu dan Islam
Bukankah lebih jelas dan terang maksud resolusi tersebut?

Sekiranya PAS bergerak sendirian tanpa PKR dan DAP serta tidak bersama UMNO, apakah hasrat PAS untuk menakluk Putrajaya menjadi kenyataan?

PBO bukan menolak takdir dan ketentuan ALLAH dalam hal ini. Apa juga kemungkinan boleh berlaku. Tapi jika Harun Taib meletakkan kemerosotan sokongan terhadap PAS disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP, PBO sangatlah berdukacita.

Dewan ulama sudah lupa atau buat - buat lupa dengan kerjasama dengan pakatan majoriti 2/3 UMNO - BN dapat ditamatkan pada PRU ke 12 dan PRU ke 13. Malah dengan kerjasama dengan pakatan menyebabkan undi popular milik pakatan. Bukan milik UMNO-BN!

Banyak kali dalam tulisan - tulisan terdahulu, PBO melihat sendiri pemimpin - pemimpin PAS banyak memberi bola tanggung untuk media pro UMNO menghentam dan menghasut pengundi melayu semasa PRU ke 13.

Malah beberapa tindakan 'kurang cerdik' pemimpin tertentu dalam PAS banyak merugikan sokongan melayu kepada PAS semasa PRU ke 13 yang lalu.

Kami penyokong-penyokong bawah melihat dengan rapat dan PBO juga dapat merasakan pengundi atas pagar melihat 100 kali telatah pemimpin ini semasa PRU 13 yang lalu.

Jangan cepat melatah dan menyalahkan sekutu dalam pakatan jika sokongan kepada PAS merosot. Tanya diri sendiri terutama kerenah seperti Harun Taib dalam PAS.

Apa sebenarnya yang beliau mahukan?

Jadi rasanya lebih elok jika resolusi di atas ditambah untuk melengkapkan menjadi 10 resolusi.

Jangan sesekali marahkan pengundi yang telah mengangkat PAS dalam pakatan sehingga mendapat undi popular SEKIRANYA pengundi tidak lagi bersama pakatan dek kerana 'kebodohan' pemimpin - pemimpin tertentu dalam pakatan!

KAMI sayang dan UNDI PAKATAN RAKYAT!

http://penburukonline.blogspot.com

No comments:

Post a Comment