Friday, September 27, 2013

Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat

oleh Khalid Samad

Saya melihat perbahasan yang timbul berhubung pemilihan Timbalan Presiden adalah hasil kekeliruan mengenai peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Untuk memberikan pencerahan terhadap persoalan ini saya memetik dari 'Kertas Mesyuarat 7/2005 Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat' untuk dikongsi bersama semua pengunjung blog saya. Saya sertakan bersama gambar muka surat depan, 13 dan 14 dari kertas asal yang berada dalam simpanan saya untuk rujukan bersama.


Muka surat depan bertulisan rumi dan bertajuk seperti yang disebut di atas.

Muka surat 13 bertulisan jawi dan saya tuliskan kembali dalam tulisan rumi untuk kemudahan mereka yang tidak fasih tulisan jawi.

Kesimpulan

Maka peranan Majlis Syura Ulama adalah perkara yang berkait dengan memelihara dasar parti dan mengawasi kegiatan parti agar terpelihara dan istiqamah kerana Majlis Syura Ulama terikat dengan nusus qatiyah dan murunah (flexible) dalam mengkaji ijtihad para Ulama yang lalu dan peranan berijtihad secara jamaa'i (collective) dalam menangani masalah-masalah semasa. Peranannya tidak bersifat 'theocracy' dalam fahaman barat yang menganggap ahli-ahli agama berkuasa penuh secara mutlak (dictatorship) dan tidak bersifat sekular yang tidak memberi kuasa kepada agama.

Adapun peranan ahli Jawatankuasa Pusat bersifat tanfidzi (executive) dalam melaksanakan keputusan, mentadbir, merancang dan mengatur strategi bagi menterjemahkan islam menjadi petunjuk dan rahmat kepada seluruh alam.

(ms 13)


Di sana terdapat beberapa pengalaman yang perlu diingat kembali, di antaranya ialah keputusan bertahaluf oleh Majlis Syura Ulama dan pelaksanaannya oleh Jawatankuasa PAS Pusat dalam beberapa kali pilihanraya. Begitu juga keputusan meletakkan calon Muslimat yang dilihat dari segi perbincangan hukum Islam dan peranan Muslimat serta keadaan-keadaan semasa yang boleh berubah.

Jalinan erat di antara Syura dan Jawatankuasa Pusat menggabungkan thabat dan istiqamah dengan Islam menjadi aqeedah perjuangan dan merangka khittah dan strategi yang memantapkan hala-tuju dan kejayaan yang diredhai dan diberkati Allah.

Wa aakhiru da'waanaa anilhamdulillahi rabbil a'alamiin.

Alfakiir ilalLah wa raajii 'afwah,


Abdul Hadi Haji Awang.kh

(ms 14)

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Monday, September 16, 2013

APAKAH HAK-HAK AHLI PAS?

http://uploads.malaysia-terkini.com//Dilema-isu-kalimah-Allah-kepada-ahli-Pas.jpg

FASAL 16 PERLEMBAGAAN PAS memperuntukkan seperti berikut :-

Hak-hak dan Kewajipan Ahli :

(1) Hak-hak ahli ialah :

(a) Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.

(b) Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya.

(c) Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti.

(d) Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.

(e) Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.

Fasal 16 (1)(a) dengan jelas menyebutkan bahawa setiap AHLI PAS berhak memilih dan dipilih memegang apa saja jawatan dlm parti.... tidak disebut samada ahli tersebut seorang ulamak, seorang profesional, seorang nelayan, seorang petani, seorang ustaz, seorang guru, seorang suami, seorang apa sekali pun... yang disebutkan ialah setiap AHLI PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan. Mana-mana jawatan tidak jugak disebut samada jawatan itu jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau apa saja jawatan melainkan jawatan Mursyidul Am yang mempunyai kriteria tersediri.

Fasal 16 (1)(d) memperuntukkan bahawa setiap ahli berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti. Jika ahli Dewan Ulamak boleh memberikan pandangan dan membuat resolusi.. adakah ahli-ahli biasa yang lain tiada hak itu? Jelas Fasal 16 (1)(d) memberikan hak yang sama. Jadi jangan melatah jika ahli yg bukan di dalam Dewan Ulamak memberikan pandangan atau pendapat kerana ahli lain juga berhak

SAY NO TO HARUN TAIB... SAY YES TO ULAMAK...!!


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2012/03/pas-harun-taib.jpg
Jangan salahkan nama ULAMAK..salahkan HARUN TAIB yang kurang 'bijak' mengemudi kapalnya sebagai ketua... ini kerana bercakap mengenai strategi parti kepada umum.. dan ini boleh memberikan mesej yang salah berdasarkan persepsi rakyat....


Nasib baik TGNA & TGHA bijak menyelamatkan keadaan dengan menyatakan yg dikaji adalah untuk kebaikan kerjasama dalam PR...

Jadi hangpa dok tunggu lagi... sudah masanya PAS merehatkan HARUN TAIB... ramai lagi cendiakawan dan agamawan boleh dilantik untuk menerajui ULAMAK..

Harun Taib kena tambah satu lagi dalam resolusi Multaqa Ulamak tempohari..!!

AGAKNYA ketika Dewan Ulama PAS besidang dan meluluskan sembilan resolusi, Dato' Harun Taib selaku Ketua dewan lupa untuk meletakkan satu lagi resolusi penting.
  • Kami dengan ini sebulat suara untuk mengkaji balik kerjasama dengan PKR dan DAP dalam pakatan rakyat dan kami juga sebulat suara akan bekerjasama dengan UMNO melalui kerajaan perpaduan demi melayu dan Islam
Bukankah lebih jelas dan terang maksud resolusi tersebut?

Sekiranya PAS bergerak sendirian tanpa PKR dan DAP serta tidak bersama UMNO, apakah hasrat PAS untuk menakluk Putrajaya menjadi kenyataan?

PBO bukan menolak takdir dan ketentuan ALLAH dalam hal ini. Apa juga kemungkinan boleh berlaku. Tapi jika Harun Taib meletakkan kemerosotan sokongan terhadap PAS disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP, PBO sangatlah berdukacita.

Dewan ulama sudah lupa atau buat - buat lupa dengan kerjasama dengan pakatan majoriti 2/3 UMNO - BN dapat ditamatkan pada PRU ke 12 dan PRU ke 13. Malah dengan kerjasama dengan pakatan menyebabkan undi popular milik pakatan. Bukan milik UMNO-BN!

Banyak kali dalam tulisan - tulisan terdahulu, PBO melihat sendiri pemimpin - pemimpin PAS banyak memberi bola tanggung untuk media pro UMNO menghentam dan menghasut pengundi melayu semasa PRU ke 13.

Malah beberapa tindakan 'kurang cerdik' pemimpin tertentu dalam PAS banyak merugikan sokongan melayu kepada PAS semasa PRU ke 13 yang lalu.

Kami penyokong-penyokong bawah melihat dengan rapat dan PBO juga dapat merasakan pengundi atas pagar melihat 100 kali telatah pemimpin ini semasa PRU 13 yang lalu.

Jangan cepat melatah dan menyalahkan sekutu dalam pakatan jika sokongan kepada PAS merosot. Tanya diri sendiri terutama kerenah seperti Harun Taib dalam PAS.

Apa sebenarnya yang beliau mahukan?

Jadi rasanya lebih elok jika resolusi di atas ditambah untuk melengkapkan menjadi 10 resolusi.

Jangan sesekali marahkan pengundi yang telah mengangkat PAS dalam pakatan sehingga mendapat undi popular SEKIRANYA pengundi tidak lagi bersama pakatan dek kerana 'kebodohan' pemimpin - pemimpin tertentu dalam pakatan!

KAMI sayang dan UNDI PAKATAN RAKYAT!

http://penburukonline.blogspot.com

Apakah Harun Taib hanya ingin PAS jadi pembangkang sampai kiamat?

Oleh– Shahbudin Husin
   
Sudah banyak yang ditulis mengenai keputusan Multaqa Ulama PAS yang antara lainnya memutuskan supaya dikaji semula tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat terutama PKR yang dianggap merugikan parti itu. Kekurangan sokongan pengundi Melayu, isu Kota Damansara dan pertindihan di Labuan dalam pilihanraya umum lalu, menjalarnya elemen Anwarisme dalam PAS dan berbagai lagi dijadikan sandaran sebagai justifikasi kepada perlunya kajian itu.

Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib lantas turut diserang dan dilabel dengan pelbagai gelaran berikutan pengumuman ini dianggap meletakkan ulama PAS seolah-olah tidak memahami realiti masyarakat di negara ini, mempunyai pemikiran gaya lama, tidak terbuka dan berbagai lagi.

Dalam PAS sendiri terlihat reaksi yang berbagai. Rakyat yang mahukan perubahan pula jelas tidak gembira dengan keputusan itu. Umno pula mungkin tersenyum lebar kerana Dewan Ulama seolah-olah suara parti itu dan menjadi "trojan horse" terbaru selepas Nasharudin Mohd Isa dan Dr Hassan Ali yang begitu anti dengan PKR dan Anwar Ibrahim.

Ini berbeza dengan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang yang jelas memahami bahawa perjuangan politik PAS, selain daripada dakwah, perlu juga bermatlamatkan kuasa, lantas mengatakan kajian itu seharusnya untuk menambah baik lagi kerjasama yang terjalin dengan rakan-rakan dalam PR dan bukannya untuk mundur ke belakang.

Beliau juga mengatakan bahawa PAS wajib melangkah ke hadapan dengan memahami keadaan politik di Malaysia dan mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik untuk masyarakat majmuk selagi tidak melanggar hukum dan syariat serta tidak mengurung diri dalam pemikiran yang dicipta sendiri.

Jelas bahawa Nik Aziz berbeza dengan Harun Taib. Kewarakan dan ilmu Nik Aziz sesuai dengan keperluan politik Malaysia walaupun dari segi zahirnya beliau kelihatan tua dan mempunyai stail lama. Sambil mempertahankan hukum dan syariat, Nik Aziz bergerak komtemporari dan selari dengan zaman. Sebab itu, di antara sekian ramai pemimpin PAS, Nik Aziz bukan saja disukai oleh golongan lama dan tua, bahkan golongan muda lebih ramai yang tertarik kepadanya.

Memang wujud golongan dalam masyarakat seperti NGO, pensyarah atau ahli akademik yang menyarankan supaya PAS berjuang bersendirian dan meninggalkan rakan-rakan dalam PR kononnya agar lebih dihormati oleh pengundi Melayu dan Islam dengan pelbagai hujah dan alasan. Nampak macam mereka turut berjiwa Islam dan menyokong ketulenan PAS tetapi sebenarnya mereka inilah golongan yang mahu melihat Umno dan BN kekal berkuasa sampai bila-bila.

Mereka tahu apabila PAS boleh bekerjasama dengan parti dan kaum lain, ia adalah petanda awal bahaya kepada Umno dan BN.

Dalam realiti masyarakat negara ini, PAS tidak boleh mengelak untuk berkerjasama dengan parti-parti lain dari berbagai kaum. Ia sama seperti Umno tidak mungkin mampu berkuasa tanpa bantuan MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya. Mungkin hubungan dengan PKR ada masalahnya tetapi ia belumlah menjadi barah atau kecncing manis yang serius sehingga perlu dipotong kaki dan sebagainya.

Kekurangan sokongan pengundi Melayu dan kurangnya kerusi Parlimen yang dimenangi oleh PAS bukanlah disebabkan kerjasama dengan PKR atau penolakan rakyat terhadap kerjasama itu tetapi kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi PAS musuhnya ialah Umno. Umno pula sebagai teras kerajaan mempunyai lebih keupayaan dari segi wang, jentera dan sebagainya untuk mengalahkan PAS.

Berbeza dengan pengundi bukan Melayu, pengundi Melayu majoritinya masih terkepung, totok dan tidak terbuka, terutama yang tinggal di kampung-kampung. Golongan ini dapat sekampit beras, kain batik dan kain pelikat pun akan menyokong Umno dan mengundi BN sampai mati. Mereka ini tidak tahu isu, tidak faham rasuah, jauh sekali untuk faham skandal Scorpene dan rasuah RM500 juta. Yang mereka faham Umno itu kerajaan dan kerajaan itu Umno, dan pihak inilah yant selama ini membina sekolah, jalan, kemudahan awam dan lain-lain.

Golongan ini juga mudah ditakut-takutkan dengan DAP yang dikaitkan dengan komunis, sentiasa dilagukan bahawa Cina akan berkuasa jika Umno kalah, kembali kepada zaman makan ubi kayu dan macam-macam lagi kempen ciptaan yang menakutkan.

Di sinilah cabaran PAS sebenarnya yang menyebabkan ia kalah banyak kerusi, bukan kerana kerjasama dengan PKR merugikan dan menyebabkannya hilang banyak kerusi. Tetapi keadaan ini akan beransur-ansur lupus apabila golongan totok ini makin berkurangan, kemajuan semakin datang, celik maklumat bertambah dan bandar-bandar baru lebih banyak diwujudkan.

Dalam hal ini, Dewan Ulama yang sepatutnya lebih memahami Islam haruslah bersabar dan tidak melihat faktor rugi semata-mata. Sambil melihat kerugian, mereka juga harus melihat apa untungnya tahaluf siyasi itu seperti semakin banyaknya kerusi – yang selama ini begitu asing – kini sudah boleh dimenangi seperti di Selangor, Pahang dan Johor. Bahkan di Selangor, yang dulunya asing bagi PAS, kini mereka sudah memperolehi jumlah kerusi majoriti.

Dengan adanya kerjasama politik bersama PR, PAS juga akan menerima lebih sokongan daripada pengundi celik di bandar yang berpendidikan serta golongan muda. Mereka ini mahu kepada Islam tetapi Islam yang dikehendaki mereka ialah Islam yang terbuka, kontemporari dan boleh bergaul serta menerima golongan lain. Golongan ini amat meminati Nik Aziz yang mempunyai pemikiran selari dengan mereka.

Dalam PAS meneroka hari-hari mendatang, walaupun Dewan Ulama ini hanyalah sekadar sayap dalam PAS, mereka seharusnya juga membuat keputusan yang mengambil kira demografi politik, masyarakat, keuntungan jangka panjang, keterbukaan dan seumpamanya. Haruslah disedari bahawa Malaysia bukanlah macam Kelantan atau Terengganu yang hampir seratus-peratus pengundinya Melayu dan Islam.

Kerjasama politik dengan parti-parti lain sudah menjadi suatu keperluan. Masalah haruslah dihadapi dan diselesaikan dengan perundingan serta lapang dada, bukannya dengan mencampak aturcara rundingan ke dalam sungai. Pendirian Dewan Ulama dan kepimpinan Harun Taib mungkin sudah ketinggalan dengan jalur zaman. Ia tidak sesuai dengan realiti semasa dan hakikat di Malaysia.

Lainlah jika PAS hanya ingin jadi pembangkang saja sampai kiamat.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

JIKA NAK KELUAR SANGAT SILALAH KELUAR ATAU KITA SAHAJA YANG KELUAR..

" KALAU DAH TERPAKSA...BIAR GOLONGAN ULAMAK SAJA YG TINGGAL ...YANG LAIN TERMASUK PEMIMPIN2 TERTINGGI PAS DARI GOLONGAN PROFESSIONAL BESERTA ULAMAK2 YG MAHU BERSAMA KITA KELUAR SAJA DAN DIRIKAN SEBUAH PARTI BARU DAN MENJADI PARTI KOPONEN PR !!!

MUNGKIN ITU YG MEREKA MAHU ???? ATAU YANG UMNO/BN MAHU ???

TAK MENGAPA...MUNGKIN KITA LEBIH KUAT DARI SEBELUMNYA....KITA GUNA PAKAI SAMA SEPERTI APA YG PAS PAKAI IAITU AL-QURAN DAN SUNNAH...JANJI GOLONGAN2 PEROSAK DAH TIADA LAGI BERSAMA KITA....

BUKAN SENANG NAK BINA KEKUATAN YG BARU TAPI TAK MUSTAHIL...CUMA IA TIDAK AKAN BERLAKU DALAM JANGKAMASA YG DEKAT KERANA TERLALU BANYAK PERKARA YG BERSANGKUTAN DENGAN UNDANG2 CONTOH SEPERTI SEKARANG PAS MEMPUNYAI BANYAK KERUSI2 DI SETIAP NEGERI DAN DI PARLIMEN...

JIKA KESEMUANYA MAHU BERSAMA KITA UNTUK BERADA DIDALAM PARTI BARU.....SENANG KIRA-KIRA

LAGI PUN KITA MAHU TERUS BERSAMA DENGAN PR...SEBALIKNYA MEREKA MAHU KELUAR DARI PR !!!! NAMPAK....GERAK KERJA MEMECAH BELAH OLEH MUSUH2 KITA....SENANG MEREKA SAJALAH YG KELUAR BUAT PARTI BARU....

PARTI ULAR-MAK !!! HANYA SEKADAR PERBINCANGAN...MENGASAH MINDA...AGAR LEBIH TAJAM....BERSEDIA UNTUK SEGALA KEMUNGKINAN...SETAKAT INI...BAIK TERUS BERSAMA PAS KERANA TGNA DAN TGHA TELAH MENYATAKAN KESETIAAN PAS BERSAMA PR....

PERLU SELESAIKAN SEBARANG ISU BERBANGKIT DIDALAM PR...SEMOGA APA YG RAKYAT HARAPKAN DARI PR IAITU KUAT MANTAP BERSEDIA.... DAPAT DIJELMAKAN SEGERA !!!! TAKBIR !!!"