HIJAU REFORM...
Meencari kepastian dan apa yang ada disebalik pemahaman semua mengenai sesuatu isu yang dibincangkan...
Saturday, April 7, 2018
Apa yang PAS berbangga dengan data menteri 0 siasatan rasuah
Aku hairan kenapa bodoh sangat PAS boleh berbangga dengan angka ini sedangkan menteri hanya habaq jumlah siasatan yg dilakukan sprm...
Dan yg paling aku hairan bilamana menteri kata pas tak ada siasatan sdgkan sudah ada laporan rasuah kpd sprm dan ia diakui sendiri oleh sprm kata masih siasat...
Ini link sprm : http://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/125-sprm-masih-siasat-dakwaan-rasuah-pembalakan-di-kelantan
Skrg kita berbicara pasal jumlah siasatan bukannya jumlah yg didapati bersalah.. Tapi kenapa pihak PAS boleh mencanang kata depa bersih.. PH n BN pon boleh kata mereka bersih sebab yg disiasat tu satu pon tak ada kes dikatakan bersalah oleh mahkamah..
Contoh UMNO taja dan bela pemimpin boneka PAS dengan dedak
Ana Tahu
Ramai yang tanya ana pasal apa pula UMNO nak taja PAS untuk lawan UMNO balik ? Nampak logik soalan tu, tapi naif politik. UMNO taja dan bela pemimpin boneka PAS dengan dedak yang lumayan supaya jadi seperti kes DUN Kota Damansara...
Tanggungjawab ana adalah untuk sedarkan pengundi agar jangan tertipu dengan permainan boneka dalam PAS yang sudah dibeli oleh UMNO demi untuk mengekalkan BN berkuasa....
Friday, September 27, 2013
Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat
oleh Khalid Samad
Saya melihat perbahasan yang timbul berhubung pemilihan Timbalan Presiden adalah hasil kekeliruan mengenai peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.
Untuk memberikan pencerahan terhadap persoalan ini saya memetik dari 'Kertas Mesyuarat 7/2005 Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat' untuk dikongsi bersama semua pengunjung blog saya. Saya sertakan bersama gambar muka surat depan, 13 dan 14 dari kertas asal yang berada dalam simpanan saya untuk rujukan bersama.
Muka surat depan bertulisan rumi dan bertajuk seperti yang disebut di atas.
Muka surat 13 bertulisan jawi dan saya tuliskan kembali dalam tulisan rumi untuk kemudahan mereka yang tidak fasih tulisan jawi.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Kesimpulan
Maka peranan Majlis Syura Ulama adalah perkara yang berkait dengan memelihara dasar parti dan mengawasi kegiatan parti agar terpelihara dan istiqamah kerana Majlis Syura Ulama terikat dengan nusus qatiyah dan murunah (flexible) dalam mengkaji ijtihad para Ulama yang lalu dan peranan berijtihad secara jamaa'i (collective) dalam menangani masalah-masalah semasa. Peranannya tidak bersifat 'theocracy' dalam fahaman barat yang menganggap ahli-ahli agama berkuasa penuh secara mutlak (dictatorship) dan tidak bersifat sekular yang tidak memberi kuasa kepada agama.
Adapun peranan ahli Jawatankuasa Pusat bersifat tanfidzi (executive) dalam melaksanakan keputusan, mentadbir, merancang dan mengatur strategi bagi menterjemahkan islam menjadi petunjuk dan rahmat kepada seluruh alam.
(ms 13)
Di sana terdapat beberapa pengalaman yang perlu diingat kembali, di antaranya ialah keputusan bertahaluf oleh Majlis Syura Ulama dan pelaksanaannya oleh Jawatankuasa PAS Pusat dalam beberapa kali pilihanraya. Begitu juga keputusan meletakkan calon Muslimat yang dilihat dari segi perbincangan hukum Islam dan peranan Muslimat serta keadaan-keadaan semasa yang boleh berubah.
Jalinan erat di antara Syura dan Jawatankuasa Pusat menggabungkan thabat dan istiqamah dengan Islam menjadi aqeedah perjuangan dan merangka khittah dan strategi yang memantapkan hala-tuju dan kejayaan yang diredhai dan diberkati Allah.
Wa aakhiru da'waanaa anilhamdulillahi rabbil a'alamiin.
Alfakiir ilalLah wa raajii 'afwah,
Abdul Hadi Haji Awang.kh
(ms 14)
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Monday, September 16, 2013
APAKAH HAK-HAK AHLI PAS?
FASAL 16 PERLEMBAGAAN PAS memperuntukkan seperti berikut :-
Hak-hak dan Kewajipan Ahli :
(1) Hak-hak ahli ialah :
(a) Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.
(b) Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya.
(c) Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti.
(d) Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.
(e) Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.
Fasal 16 (1)(a) dengan jelas menyebutkan bahawa setiap AHLI PAS berhak memilih dan dipilih memegang apa saja jawatan dlm parti.... tidak disebut samada ahli tersebut seorang ulamak, seorang profesional, seorang nelayan, seorang petani, seorang ustaz, seorang guru, seorang suami, seorang apa sekali pun... yang disebutkan ialah setiap AHLI PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan. Mana-mana jawatan tidak jugak disebut samada jawatan itu jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau apa saja jawatan melainkan jawatan Mursyidul Am yang mempunyai kriteria tersediri.
Fasal 16 (1)(d) memperuntukkan bahawa setiap ahli berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti. Jika ahli Dewan Ulamak boleh memberikan pandangan dan membuat resolusi.. adakah ahli-ahli biasa yang lain tiada hak itu? Jelas Fasal 16 (1)(d) memberikan hak yang sama. Jadi jangan melatah jika ahli yg bukan di dalam Dewan Ulamak memberikan pandangan atau pendapat kerana ahli lain juga berhak
SAY NO TO HARUN TAIB... SAY YES TO ULAMAK...!!
Jangan salahkan nama ULAMAK..salahkan HARUN TAIB yang kurang 'bijak' mengemudi kapalnya sebagai ketua... ini kerana bercakap mengenai strategi parti kepada umum.. dan ini boleh memberikan mesej yang salah berdasarkan persepsi rakyat....
Nasib baik TGNA & TGHA bijak menyelamatkan keadaan dengan menyatakan yg dikaji adalah untuk kebaikan kerjasama dalam PR...
Jadi hangpa dok tunggu lagi... sudah masanya PAS merehatkan HARUN TAIB... ramai lagi cendiakawan dan agamawan boleh dilantik untuk menerajui ULAMAK..
Harun Taib kena tambah satu lagi dalam resolusi Multaqa Ulamak tempohari..!!
AGAKNYA ketika Dewan Ulama PAS besidang dan meluluskan sembilan resolusi, Dato' Harun Taib selaku Ketua dewan lupa untuk meletakkan satu lagi resolusi penting.
Sekiranya PAS bergerak sendirian tanpa PKR dan DAP serta tidak bersama UMNO, apakah hasrat PAS untuk menakluk Putrajaya menjadi kenyataan?
PBO bukan menolak takdir dan ketentuan ALLAH dalam hal ini. Apa juga kemungkinan boleh berlaku. Tapi jika Harun Taib meletakkan kemerosotan sokongan terhadap PAS disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP, PBO sangatlah berdukacita.
Dewan ulama sudah lupa atau buat - buat lupa dengan kerjasama dengan pakatan majoriti 2/3 UMNO - BN dapat ditamatkan pada PRU ke 12 dan PRU ke 13. Malah dengan kerjasama dengan pakatan menyebabkan undi popular milik pakatan. Bukan milik UMNO-BN!
Banyak kali dalam tulisan - tulisan terdahulu, PBO melihat sendiri pemimpin - pemimpin PAS banyak memberi bola tanggung untuk media pro UMNO menghentam dan menghasut pengundi melayu semasa PRU ke 13.
Malah beberapa tindakan 'kurang cerdik' pemimpin tertentu dalam PAS banyak merugikan sokongan melayu kepada PAS semasa PRU ke 13 yang lalu.
Kami penyokong-penyokong bawah melihat dengan rapat dan PBO juga dapat merasakan pengundi atas pagar melihat 100 kali telatah pemimpin ini semasa PRU 13 yang lalu.
Jangan cepat melatah dan menyalahkan sekutu dalam pakatan jika sokongan kepada PAS merosot. Tanya diri sendiri terutama kerenah seperti Harun Taib dalam PAS.
Apa sebenarnya yang beliau mahukan?
Jadi rasanya lebih elok jika resolusi di atas ditambah untuk melengkapkan menjadi 10 resolusi.
Jangan sesekali marahkan pengundi yang telah mengangkat PAS dalam pakatan sehingga mendapat undi popular SEKIRANYA pengundi tidak lagi bersama pakatan dek kerana 'kebodohan' pemimpin - pemimpin tertentu dalam pakatan!
KAMI sayang dan UNDI PAKATAN RAKYAT!
http://penburukonline.blogspot.com
- Kami dengan ini sebulat suara untuk mengkaji balik kerjasama dengan PKR dan DAP dalam pakatan rakyat dan kami juga sebulat suara akan bekerjasama dengan UMNO melalui kerajaan perpaduan demi melayu dan Islam
Sekiranya PAS bergerak sendirian tanpa PKR dan DAP serta tidak bersama UMNO, apakah hasrat PAS untuk menakluk Putrajaya menjadi kenyataan?
PBO bukan menolak takdir dan ketentuan ALLAH dalam hal ini. Apa juga kemungkinan boleh berlaku. Tapi jika Harun Taib meletakkan kemerosotan sokongan terhadap PAS disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP, PBO sangatlah berdukacita.
Dewan ulama sudah lupa atau buat - buat lupa dengan kerjasama dengan pakatan majoriti 2/3 UMNO - BN dapat ditamatkan pada PRU ke 12 dan PRU ke 13. Malah dengan kerjasama dengan pakatan menyebabkan undi popular milik pakatan. Bukan milik UMNO-BN!
Banyak kali dalam tulisan - tulisan terdahulu, PBO melihat sendiri pemimpin - pemimpin PAS banyak memberi bola tanggung untuk media pro UMNO menghentam dan menghasut pengundi melayu semasa PRU ke 13.
Malah beberapa tindakan 'kurang cerdik' pemimpin tertentu dalam PAS banyak merugikan sokongan melayu kepada PAS semasa PRU ke 13 yang lalu.
Kami penyokong-penyokong bawah melihat dengan rapat dan PBO juga dapat merasakan pengundi atas pagar melihat 100 kali telatah pemimpin ini semasa PRU 13 yang lalu.
Jangan cepat melatah dan menyalahkan sekutu dalam pakatan jika sokongan kepada PAS merosot. Tanya diri sendiri terutama kerenah seperti Harun Taib dalam PAS.
Apa sebenarnya yang beliau mahukan?
Jadi rasanya lebih elok jika resolusi di atas ditambah untuk melengkapkan menjadi 10 resolusi.
Jangan sesekali marahkan pengundi yang telah mengangkat PAS dalam pakatan sehingga mendapat undi popular SEKIRANYA pengundi tidak lagi bersama pakatan dek kerana 'kebodohan' pemimpin - pemimpin tertentu dalam pakatan!
KAMI sayang dan UNDI PAKATAN RAKYAT!
http://penburukonline.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)